18 January 2011

8 hours..

Entry ini adalah untuk muhasabah diri dengan menilai berapa banyak kita mensyukuri nikmat umur yang diberikan sepanjang hidup kita. Kiranya ni sempena tahun baru gak la walaupun agak terlambat. Tapi, oleh kerana ini entry pertama tahun baru, kira relevan la jugak kan..

Senang cite, manusia ni amat ber'guna' sekiranya dia menggunakan dan membahagikan hidup ini dengan 3 bahagian dengan sebaiknya. 3 bahagian tersebut adalah untuk diri sendiri, untuk sesama manusia dan untuk penciptaNya. Adakah kita berlaku adil terhadap ketiga-tiga bahagian tersebut? Kita dikira bersyukur sekiranya dapat berlaku ADIL. Check it out!!

Untuk memudahkan pengiraan hayat atau umur kita kepada tiga bahagian, apa kata kita mengambil contoh yang mudah iaitu apa yang telah kita lakukan dalam sehari. Sehari ada 24 jam, bahagi 3 dapat 8 jam. So, cuba kita listkan apa yang telah kita buat dalam sehari daripada bangun tidur, pi keje, tengok tv, surf internet, baca blog, update fb, makan dsb sampailah kita tidur balik. Kira ambik yang common je la..

Agaknya berapa masa yang kita dah luangkan untuk kesenangan diri sendiri ek? Contohnya, makan, minum, tidur, main, rehat dsb..
Then, berapa banyak pulak kita buat sesuatu untuk kebaikan orang lain serta umat manusia sejagat. Contohnnya, buat kerja yang kita dibayar gaji sekarang ni ke?, tolong wife masak2, jaga anak, bagi nasihat kat orang dsb..
And lastly, cua muhasabah berapa masa yang kita luangkan untuk ALLAH? solat, doa, tasbih, dengar ceramah dsb..

Jadi, tu je la yang aku nak sampaikan. Untuk peringatan diri sendiri dan pembaca sekalian (itu pun kalau ada..) sebagai renungan bersama.

Sekian, wassalam..

24 November 2010

World Television Day..

Attending World TV Day at UTHM organized by Faculty of Electrical & Electronic Engineering, UTHM. In fact, UNESCO proclaimed 21 November as World Television Day since 1996..
Happy TV day.

p/s: Confusing to buy tv nowadays. LCD, plasma, LED etc or maintain with CRT..

22 November 2010

surat

Posmen: Assalamualaikum..
Tuan Rumah: Wa'alaikumussalam..
Posmen: Ni rumah Encik Sabarudin ye?
Tuan Rumah: Ya saya.
Posmen: Sehari suntuk saya mencari alamat rumah Encik ni. Pening kepala saya..
Tuan Rumah: Kesian Encik ni. Kenapa tak pos je?
Posmen: ?@#$%(*^&&%%$$

Hargailah nasib dan tugas seorang posmen yang sanggup menjalankan tugasnya menghantar surat...

18 November 2010

Selamat..

Setelah melawat kilang membuat suis elektrik dan accessories last week, I really recommend that the product very safe. Very the 'Selamat' untuk semua golongan as the company motto "Quality from the heart of Malaysia".
So, belilah dan percayalah barangan buatan Malaysia..

17 November 2010

Korban

Salam pengorbanan di Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha sebenarnya.
Raya kali ini kami (aku dan isteri) beraya di perantauan. Tak jauh mana pun. Cuma di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat Johor berbanding kampung kami berdua. Oleh kerana cuti sehari je, kami mengambil keputusan untuk tidak balik ke kampung seperti biasa. Lagipun, baru 2 minggu lepas kami balik.
Bukannya ada masalah kewangan pun balik kampung cuma, mengambil maksud 'korban' dari sudut pandangan ketiga. Tambahan pula, baru lepas gaji 10hb lepas. Memang awal gaji bulan ni. Duit bulan lepas pun tak abis lagi. Hmmm... camne nak abiskan ek?
Anyway, salam pengorbanan buat semua umat Islam di seluruh dunia..

16 November 2010

Menulis..

aku rasa aku akan mula menulis.
biarlah sedikit tetapi istiqamah..

16 August 2010

fasting

welcome to fasting month..RAMADHAN AL MUBARAK.. hopefully ramadhan this year is better than previous year. we'll very not sure that we will meet this benefit next year..everybody don't know. only ALLAH know..