08 November 2009

information

Rezeki yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita. Tidak semestinya banyak, tetapi sekadar mencukupi. Syukur itu adalah benteng dari yang haram.

Sesuatu kerja itu adalah bergantung kepada niat. maksud, fikiir dan matlamat. Kejayaan atau kegagalan itu disertakan hikmah dan ujian untuk difikir dan direnungkan.

Kebaikan bersedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati (masyarakat) dan berkat rezeki.

Orang yang suka bersedekah itu, akan diberkati Allah rezekinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badannya, dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya.

Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan.

Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya. Sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga.

Tanda sejahtera itu adalah tak rakus dunia, semangat kepada ibadah, kurang bicara, jaga solat, bersahabat dengan solihin, menjauhkan yang haram, pemurah, insani, berguna dan ingat pada mati.

Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan. Itulah titik mula sebagai insan.

Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha dan ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir.

Istighlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk. Sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah SWT sebagai tanda syukur.

Kefahaman AlQuran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan.

AlQuran itu merupakan manual dan panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

Kata orang arifbillah, diantara sifat seorang ulama ialah dia amat takut kepada Allah SWT walaupun nyawanya menjadi taruhan.

Kata orang-orang alim, barangsiapa mengamalkan memakan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar.

Sesuatu kesalahan dan kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan.

Orang yang busuk hatinya adalah seseorang yang sering memandang kelemahan dan prasangka burukterhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usha keinsanan bagi tujuan keimanan.

01 November 2009

project hold

this project was hold under uncontrolled circumstances.
(huh.. this is the way malay contractor run the business)
So this project pending at this moment..