24 July 2007

KISAH SI SANG MONYET

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya.

Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta. Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi. Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi. Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,

"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Suasana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Thank you .

16 July 2007

The Guys' Rules

At last a guy has taken the time to write this all down. Finally, the guys' side of the story. (I must admit, it's pretty good.) We always hear "the rules" from the female side. Now here are the rules from the male side. These are our rules! Please note these are all numbered "1"ON PURPOSE!

1. Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down. We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you leaving it down.

1. Sunday sports. It's like the full moon or the changing of the tides. Let it be.

1. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way.

1. Crying is blackmail.

1. Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints do not work! Strong hints do not work! Obvious hints do not work! Just say it!

1. Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

1. Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for.

1. A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor.

1. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all comments become null and void after 7 days.

1. If you won't dress like the Victoria's Secret girls, don't expect us to act like soap opera guys.

1. If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.

1. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one.

1. You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not both. If you already know best how to do it, just do it yourself.

1.Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials.

1. Christopher Columbus did not need directions and neither do we.

1. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings. Peach, for example, is a fruit, not a color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is.

1. If it itches, it will be scratched. We do that.

1. If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act like nothing's wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle.

1. If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you don't want to hear.

1. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine...Really.

1. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as baseball, the shotgun information, or monster trucks.

1. You have enough clothes.

1. You have too many shoes.

1. I am in shape. Round is a shape.

1. Thank you for reading this. Yes, I know, I have to sleep on the couch tonight; but did you know men really don't mind that? It's like camping. Pass this to as many men as you can - to give them a laugh. Pass this to as many women as you can - to give them a bigger laugh!!

10 July 2007

SEKADAR BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah.

Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda.

Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini> berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

"Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doktor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%" menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini.

Tambah beliau lagi "Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; "En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!." Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar.

Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.

Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.

Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

ALLAH TA'ALA TURUNKAN UBAT DULU KEMUDIAN BARU TURUNKAN PENYAKIT SEBAB ITU ...
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MAUT.

08 July 2007

Lawak 01

Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

B.I
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Mayat
Cikgu: Hasan, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiru
Cikgu: Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dananak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB:kau makan ape?
cA:makan angin...............................

Paper
aku bace paper, rokok bahaye, aku behenti merokok.
aku bace paper, minum arak berdose, aku berhenti minum arak.
aku bace paper, dadah bahaye, aku berhenti isap dadah.
aku bace paper , seks bahaye, AKU BERHENTI BACE PAPER????!!!

Sakit
doktor:- Selepas saya periksa pakcik saya rasa pakcik tiada penyakit batu karang atau atau kencing manis!!!tapi saya dapat kesan penyakit yang menjangkiti pakcik selama ini!!!
Pakcik Selamba:- Penyakit apa tu tuan doktor.
Doktor:- Saya harap pakcik berbanyakkan sabar kerana pakcik nie mengidap penyakit " KENCING BERAIR "!!!!!!!
Pakcik Selamba:- !?@@!!!??????

Pesakit
Suatu hari, seorang pelawat di Hospital Sakit Jiwa Bukit Padang ternampak seorang pesakit jiwa sedang memancing ditengah padang.
pelawat: Hoi! ada ikan kah?
Pesakit: apa hoi!hoi!. Kau gila kah, tengah padang mana ada ikan!!!
Pelawat:????

Selsema
Pesakit: Apa penyakit saya doktor.
Doktor: Anda disyaki menghidap selsema burung.
Pesakit: Jadi doktor nie doktor haiwan la nie. Encik nie dah silap klinik nie......Bla...bla..
Doktor: Nampak sangat tak paham

07 July 2007

Duit oh Duit

Renungkan lah bersama.. ;-)

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

06 July 2007

Botol Mineral

Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

“Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang.

Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

05 July 2007

Reality Hidup di KL

[Bulan lepas penulis menemui seorang kenalan lama yang kini bertugas di sebuah syarikat swasta Kuala Lumpur. Dalam kesempatan tersebut, beliau mengadu perihal kehidupan di KL yang tidak seperti dahulu. Keadaan hidup yang agak menekan, menyebabkan diri dan keluarganya agak tertekan - berikut antara luahan warkah yang sempat disampaikan kepada anaknya di sebuah sekolah berasrama penuh]

Kak Long yang dirindui,

Apa khabar anak ayah di sana? Semoga sihat dan bahagia selalu. Di sini, ayah bersama ibu dan adik-adik sihat sahaja. Cuma semalam, adik usu mengadu sakit perut - berak-berak. Agaknya, perut adik dah tak tahan - bersebu sebab sejak beberapa hari adik asyik makan maggi aje. Itu yang semalam, dan hari ni, ibu masakkan bubur. Kesian tengok adik-adik kat rumah. Masak bubur sepot beras dapatlah, ayah dan adik-adik makan kenyang sikit dengan kicap cap kipas yang Kak Long suka tu. Itulah, yang mampu ayah sediakan untuk hidangan malam ini dan malam tadi.

Ayah tak tahu esok macamana. Mungkin ibu akan masak beras buat bubur lagi. Boleh kot, ayah ambikkan duit tabung adik usu untuk beli telur sebiji dua. Kalau goreng telur hancur dengan bubur, lainlah sikit menu daripada semalam. Harap-harap adik-adik tak akan merungut makan bubur lagi. Kak Long, Ayah bukan berniat nak merisaukan Kak Long yang sedang berada di asrama kini. Cuma ayah nak bagitau, kita sekarang dah tak sesenang dulu. Kalau dulu, sebulan sekali boleh kita keluar untuk selebrate apa-apa event dengan makan di luar. Tapi kini, nak makan lauk ikan atau ayam sebulan sekali pun belum pasti lagi. Keadaan ekonomi keluarga kita sudah tak seperti dahulu.

Hidup kita makin terhimpit along. Ayah tak tahu, sampai bila lagi kita mampu terus hidup di bandar KL ini. Dengan gaji ayah setelah tolak bersih duit EPF dan hutang syarikat, yang tinggal hanya sekitar RM1,800 sahaja sebulan. Bayangkanlah Kak Long, setiap bulan kereta yang kita gunakan perlu dibayar sebanyak RM550.00, sewa rumah - RM500.00, bil-bil telefon,air dan elektrik - RM250.00, bayaran duit yuran Kak Long, adik-adik dan persekolahan - RM200.00, duit minyak kereta dan tol untuk ayah berulang kerja - RM300.00, semua ini dah mencecah genap RM1,800 (sebulan gaji ayah). Ini tak ditambah lagi dengan duit untuk sakit pening, balik kampung, belanja dapur dan pasar, simpanan dan keperluan harian lain. Kadang untuk belanja dapur, ayah terpaksa ambik duit bayar kereta (kita dah tiga bulan duit kereta tertunggak). Pihak bank dah mula hantar surat kata nak tarik kereta. Ada sekali ayah gunakan duit yuran sekolah adik-adik untuk beli sayur dan sedikit ikan, akibatnya dua bulan yuran sekolah adik-adik tertunggak. Bil telefon pula, baru sebulan ayah tak bayar, pihak telekom dah hantar surat amaran nak potong. Memang agak susah hidup kita ini Kak Long.

Semalam, adik sakit perut ayah hanya dapat gosokkan minyak masak kat dapur pada perut adik. Selepas adik merengek sejam lebih, tertidur dia. Nak ke klinik, ayah dah tak tahu nak cari duit kat mana.Duit-duit simpanan ayah dan ibu (termasuk duit di Tabung Haji) dah diguna masa daftarkan Kak Long masuk asrama dahulu. Minggu lepas, ayah balik kampung dengan ibu. Jumpa dengan Pak Usu, Pak Uda dan Pak Lang, cuba bawa berbincang nak minta tolong. Tapi hampa. Kata mereka, tinggal kat KL takkan susah. Itulah agaknya, mentaliti orang kampung, dan tak belajar agaknya. Susah nak terima hahikat bahawa bukan semua di bandar ini senang dan mewah seadanya. Agaknya, orang kampung susah dapat berita. Atau orang kampung hanya dapat berita yang indah sahaja kat peti televisyen dan radio. Padahal, dalam dunia masa kini semuanya tidak seperti dahulu lagi.

Dahulu kalau Kak Long ingat, duit RM50 boleh isi tangki minyak kereta agak penuh, sekarang hanya separuh aje. Duit tol dah tak sama kak long. Harga ayam setahun dua dulu dah tak sama dengan hari ini. Baru ni, harga barang-barang dapur dah naik. Makin susah. Adik Usu yang boleh makan roti canai setiap minggu dulu dah jarang dan susah nak makan (dulu RM0.50 - kini RM0.80). Itulah, dilema ayah dan ibu kini Kak Long. Jika keadaan masih tak berubah, mungkin ayah lepas ni akan berpindah balik kampung. Rumah atuk, masih kosong. Cuma sayanglah, adik ngah yang akan periksa UPSR tahun ni akan terjejaslah pelajaran dia sebab kena pindah sekolah. Adik usu yang mula nak kenal belajar Bahasa Inggeris, akan kelam kabutlah sebab guru kesayangan Bahasa Inggeris dia bertukar rupa. Makin susahlah adik Usu nak kuasai Inggeris. Dahlah, subjek Matematik dan Sains dalam periksa pertengahan tahun tempohari dia hanya dapat 'C'. Lepas ni tak tahulah pula apa nak berlaku.

Oh ya, Kak Long mungkin tertanya-tanya apa dah jadi dengan projek jual nasi lemak dan kerepek kat pejabat ayah dulu? Ayah dan ibu dah sepakat untuk menghentikan jualan-jualan tersebut. Pertama; setiap malam ayah dan ibu bersengkang mata sehingga jam 1 pagi untuk siapkan bahan-bahan untuk berjual nasi lemak dan esoknya terpaksa pula bangun jam 4 pagi - akibatnya Kak Long, ibu sering sakit-sakit, kesihatan ibu terjejas. Kedua; bukan ayah nak mengata, tapi realitinya dalam dunia berniaga begitulah. Kadang-kadang ada yang membeli dengan berhutang. Dan bila berhutang tak ada pula yang membayar.Ada pula yang ambil begitu aje tanpa bagitahu, akibatnya modal hilang, dan ayah serta ibu terpaksa keluarkan modal baru setiap kali nak berjual. BUkan ayah nak menuduh semua, tetapi akibat setitik nila habis rosak susu sebelanga.

Ketiga; kenaikan harga barang mentah dah tak dapat nak ayah dan ibu untuk menampungnya. Maklumlah, bukan berniaga secara besar, hanya kecil-kecilan. Itu yang agak susah. Maka, disebabkan itulah ayah dan ibu ambil keputusan untuk hentikan jualan kecil-kecilan itu. Kak Long, Ayah harap Kak Long rajin-rajinlah belajar. Berusahalah menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam agama. Berusahalah, jangan sia-siakan peluang yang Kak Long dapat untuk belajar di sekolah asrama tu. Ayah harap Kak Long akan berjaya. Berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cuma dalam mengejar cita-cita Kak Long, ayah berharap Kak Long beringatlah.

Kita kini bukan orang senang. Hidup dah tak macam dulu. Kalau Kak Long boleh berjimat, berjimatlah sehabis baik. Ayah tahu, yuran asrama Kak Long tertunggak dua bulan. Bersabarlah. Bagitau pada cikgu, ayah akan jelaskan. Cuma bukan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, ayah akan cuba sedaya upaya untuk jelaskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun ini. Cuma selepas ini, ayah tak pasti berapa kerap lagi ayah akan mampu menulis. Bukan apa, kadang memikir, duit pos (setem Rm0.40) boleh ayah gunakan belikan dua biji telur untuk adik-adik makan tengahari bila mereka balik sekolah. Jadi, janganlah Kak Long bersedih ok. Tabahkan hati. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah, cekal dan sentiasa berusaha yang terbaik.

Dan akhir sekali, maafkan ayah kerana membebani Kak Long dengan segala kisah yang berlaku ini. Bukan apa, sebagai anak ayah yang sulung ayah rasa Kak Long berhak tahu dan wajar memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarga ini. Sekian, ibu dan adik-adik menyampaikan salam rindu pada Kak Long.

Wassalam.
15 Jun 2007 - 11.45 malam.

link berguna

Kawan2 kalau nak cek barcode makanan yang kita makan tu ada pensijilan HALAL JAKIM atau tidak, sila layari site ini : http://www.halaljakim.gov.my/directory/index.php?lang=

Kawan2 kalau nak kire mileage layari site ni : Petronas Primax3
http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=pri...estLiters=13.28
atau
http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=primax3&pg=p3_mileage

03 July 2007

Soalan yang kerap ditanya oleh para pengguna Islam

Berikut adalah soalan yang kerap ditanya oleh para pengguna Islam.

Soalan 1:
Benarkan Pringles dan Dove mengandungi lelemak minyak babi? Tolong siasat dan maklumkan demi kepentingan Umat Islam.

Jawapan: Ini merupakan satu soalan am yang agak susah hendak dijawab dengan tepat. Namun demikian sebagai pengguna Islam, kita harus melihat dari sudut yang lebih luas dan harus tahu bagaimana kebanyakan produk yang dihasilkan. Rasanya hari ini para pengguna Islam harus melihat lebih jauh lagi dalam apa-apa soalan yang berkaitan halal dan haram. Dalam kes Pringles, terdapat Pringles yang dibuat di Malaysia. Semasa wakil Pringles berjumpa PPIM mereka memberi “jaminan” bahawa Pringles Malaysia halal tetapi pada waktu itu tiada sebarang pengesahan dapat diperolehi.

Halal yang mereka jamin adalah berasaskan pemahaman mereka sendiri, sebuah syarikat korporat bertaraf antarabangsa. PPIM juga bertanya apakah jaminan mereka juga merangkumi “parallel imports” iaitu Pringles yang diimport daripada luar Negara yang juga ada dalam pasaran. Mengikut mereka yang diimpot tidak diberi sebarang jaminan dan bungkusan yang diimpot dan yang dibuat di Malaysia adalah sama. Tidak terdapat sebarang penafian penggunaan bahan haram dalam produk impot. Jadi pengguna Islam juga terdedah kepada produk impot yang tidak halal.

Mengenai Dove, apa yang kami ketahui adalah penggunaan Sodium Tallowate yang menggunakan lemak lembu. Sama ada lemak lembu digunakan untuk disapu kepada muka itu halal atau tidak, hanya Allah yang ketahui. Lagipun tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak yang memberikan jaminan.

Marilah kita pengguna menggesa semua produk paling kurang mendapatkan tanda halal JAKIM kalau tidak kita pakat-pakat tak beli. Kita berikan mereka ini tanggungjawab paling kurang kena faham konsep halal dan keperluan umat Islam. Kita juga harus ingat terdapat banyak lagi produk sepertinya yang diusahakan oleh pengusaha Islam atau yang dimiliki oleh syarikat Malaysia yang pada jangka panjang membawa manfaat kepada Negara. Berbalik kepada isu Pringles, di sini para pengguna Islam harus menggunakan kuasa pengguna untuk menggesa mereka harus mendapatkan halal JAKIM dan juga menukar bungkusan bagi memudahkan para pengguna (terutama anak-anak dan mereka yang kurang prihatin) memilih jika tak dapat menahan diri daripada membeli Pringles.

Pilihan tempatan juga ada, antaranya dikeluarkan oleh FAMA dan juga Mr Potatoes. Pengguna barus bijak memilih berdasarkan prinsip yang tersebut di atas.

Soalan 2:
Kenapakah kerajaan tidak mengambil tindakan supaya penyalahgunaan tanda halal ini dibawa ke mahkamah. Saya belum terbaca lagi isu salahguna tanda halal di bawa ke mahkamah dan pesalah dihukum sedangkan kes yang dibongkar banyak kita dengar ? Kenapa dalam kes roti High 5, semasa didapati kilangnya kotor dan sijil halal sudah tamat tempoh, iklan dalam TV dan akhbar menjadi-jadi? Kenapa tidak hentikan saja iklannya. Kenapa juga hanya sebahagian media mengambil peranan dalam membongkar perkara ini?

Jawapan: Para pengguna di Malaysia perlu berpijak di bumi yang nyata. Kita hidup dalam masyarakat majmuk yang berlainan fahaman agama, keturunan, bahasa dan sejarah yang seharusnya menjadikan aset kepada Negara jika semua pihak faham, sensitif dan prihatin terhadap fahaman dan amalan satu sama lain.

Namun demikian hakikatnya hari ini tidak semudah itu. Antara faktor terpenting adalah ketiadaan akta khursus bagi menangani salahlaku dan penipuan ini. Kami di PPIM telah berusaha bagi meminta Kerajaan mewujudkan akta halal sejak lebih 7 tahun dahulu bersama dengan persatuan Peguam Muslim kerana akta yang diguna sekarang adalah akta Perihal Dagangan 1967 yang bermaksud jika sesuatu yang dijual tidak menepati apa yang sebenarnya yang dicetak atau didakwa pada sesuatu produk, maka satu kesalahan telah berlaku.
Jika sekampit beras dilabel sebagai 500gm tetapi di dapati 450gm maka peruntukan yang sama digunakan bagi kes sesuatu produk yang dikatakan halal tetapi didapati tidak. Lebih malangnya jika sesebuah restoran memberikan jaminan kepada pelanggannya bahawa restorannya menjual makanan halal atau menggunakan nama-nama Islam atau menggantung ayat Quran (perbahasaan halal) tetapi kemudiannya kita sebagai pengguna ternampak ayam yang digunakan dibeli daripada sumber yang tidak halal, maka kita “ sebagai melaksanakan tanggung jawab” mengambil bahan bukti ayam yang telah menjadi “kari ayam” yang telah dimasak untuk mendakwa pekedai dan menyerahkan kari ayam tersebut kepada KPDN &HEP.

Dalam konteks ini, kita akan menghadapi beberapa kesulitan kerana beban bukti terletak di atas pihak pendakwaan, iaitu KPDN HEP yang sudah tentu sukar untuk mendakwa kerana bagaimanakah nak buktikan ayam yang telah menjadi kari tidak disembelih secara Islam!? Mungkin kerana kelemahan kita sendiri, Umat Islam belum mempunyai teknik untuk ujian “ DNA” bagi menentukan ayam tersebut telah disembelih secara Islam.

Apabila kes dibawa ke mahkamah, cara bahan bukti diperolehi juga akan menjadi isu yang mana kita semua tahu jika bukti diperolehi secara lain daripada yang diperuntukan oleh “ Law of evidence” maka ianya “ not admissible” atau tidak boleh diterima oleh pihak mahkamah untuk dijadikan bahan bukti. Maka kita dapat lihat sedikit contoh hakikat sebenar apa yang berlaku di luar sana dan kelemahan yang terdapat dalam sistem hari ini. Maka kita perlu sedar bahawa tidak mudah untuk mensabitkan sesuatu kes apabila ianya dibawa ke mahkamah yang melalui proses undang-undang mengikut Perlembagaan Negara.

Antara iklan dan kesalahan yang dilakukan, ianya mempunyai proses tertentu dalam undang-undang yang perlu dipatuhi kerana kita tertakluk kepada undang-undang negara. Sesungguhnya hari ini sesiapa sahaja boleh menjual barangan dan mendakwa atau menulis bahawa produk yang dijual itu halal walaupun mereka sendiri tidak faham konsep halal sebenar dalam Islam. KPDN&HEP hanya boleh mengambil kes seperti ini jika dapat dibuktikan bahawa produk tersebut TIDAK HALAL.

Konsepnya adalah sebelum dibukti atau disahkan oleh mahkamah seseorang itu tidak salah kecuali dibuktikan sebaliknya. Sebab itu apa yang kita lihat bagaimana kes-kes dadah dan pembunuhan yang nampak nyata pun boleh dibuang kerana tidak cukup bukti dan masalah teknikal. Ini bukan kerja mudah. Mengenai iklan, kita juga perlu sedar bahawa ada berita-berita tertentu tidak akan disiarkan kerana ianya melibatkan pembelian iklan dalam sesuatu stesen TV di mana pihak media tidak akan sanggup untuk kehilangan pendapatan iklan jika dengan menyiarkan berita yang membawa imej negatif terhadap syarikat tersebut, mereka akan membatalkan tempahan iklan mereka di stesen tersebut.

Mungkin ada sedikit berita baik kepada kita pengguna Islam iaitu baru-baru ini kita terbaca bahawa kerajaan akan menggubal undang-undang bagi mewujudkan Akta Halal yang telah lama dipinta oleh pihak PPIM. Namun demikian, sementara menunggu kelahiran akta tersebut, adalah amat baik jika kita mengambil petunjuk dan iktibar daripada masyarakat Cina, India atau Yahudi dalam kerjasama sesama mereka dalam melindungi hak mereka. Sebagai contoh, para pengguna juga boleh melakukan sesuatu dengan berkesan terhadap peniaga yang tidak beretika dan menipu, tidak menghormati umat Islam. Produk-produk Coca Cola, Starbucks, Colgate, High 5, icecream Walls akan tidak berani mengambil mudah dan menghina Islam jika kita bersatu untuk tidak membeli produk mereka secara boikot terpilih.

Sedarlah, Kekuatan di tangan kita! Bangsa-bangsa yang disegani tidak perlu penglibatan kerajaan mereka untuk dihormati oleh syarikat-syarikat produk pengguna multinasional. Pengguna perlu memberikan isyarat yang nyata dan jelas yang kita amat sensitive, kita bersatu dan kita tidak akan memberi muka kepada mereka yang tidak menghormati kita dan mereka yang menghina Islam akan rugi akhirnya.

Soalan 3 :
Betulkah ubat gigi Colgate dan Darlie menggunakan lemak babi?

Jawapan: Yang diketahui, Colgate telah berada di Malaysia selama hampir 50 tahun dan selama itulah ianya tidak MEMPEROLEHI SEBARANG JAMINAN HALAL. Hari ini Colgate telah memindahkan operasinya ke Vietnam, China, Thailand ( atas sebab-sebab mereka sahaja yang mengetahui) dan mengatakan produk mereka halal tapi hingga kini kami tidak diberi tahu manakah badan yang memberikan mereka jaminan halal yang didakwa mereka.

Di masa yang sama “jaminan” mereka hanya bagi produk yang terdapat di Malaysia. Bagi saudara-saudara seIslam kita di Singapura, Selatan Thailand, Indonesia dan Negara-negara arab harus bertambah hati-hati dalam perkara ini . Darlie kini telah dibeli oleh syarikat Colgate, pasaran Ubat gigi di Malaysia melebihi RM 600 juta dan lebih 95% adalah dikuasai oleh Colgate dan beberapa syarikat antarabangsa lain.

Kami di PPIM berpandangan bahawa adalah lebih baik bagi kita untuk memilih ubat gigi yang mempunyai jaminan HALAL Jakim dan dibuat di negara ini terutama yang mempunyai kepentingan umat Islam sendiri. Apalah guna kita mengambil risiko sedangkan kita ada pilihan dan ianya bukan keadaan darurat.

Soalan 4 :
7 eleven Sg Petani banyak jual barangan tiada tanda halal. Contohnya roti TIP Top .

Jawapan: Selaku pengguna, duit kita punya. Kalau kita rasa peniga tidak hormat kepada kita , kita cari yang lain kerana banyak produk lain dan produk Islam sendiri. Untuk dihormati, kita harus sanggup berkorban untuk bersatu tidak membeli di organisasi yang dilihat tidak menghormati kita. Bermula dengan kita sendiri, jika ini dilakukan para kapilis di luar sana akan belajar untuk menghormati kita dan membuat sesuatu untuk memikat hati pengguna islam.

Soalan 5:
Roti High 5 mengandungi lemak babi?

Jawapan: Maklumat mengenai roti High 5 boleh diperolehi di ruangan berita utama dan forum. Terdapat beberapa kenyataan rasmi telah dibuat sila rujuk. Namun demikian bagi memudahkan pihak yang bertanya, kami sertakan sedikit ringkasan apa yang benar-benar berlaku. PPIM mendapat aduan bahawa kilang roti high 5 di Nilai amat kotor.

Daripada maklumat yang diperolehi kami telah membuat siasatan dan intipan yang mana didapati benar. Setelah mendapat maklumat kami memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa seperti JAKIM, KPDN&HEP, Imigresen, Polis untuk membuat serbuan. Isu minyak babi tidak pernah timbul.Yang menjadi isu adalah kilang tersebut KOTOR, AMAT KOTOR.

Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah umat Islam harus bijak dan mempunyai harga diri agar tidak lagi mudah dipermainkan di masa-masa hadapan. Sebagaimana prinsip kita, iaitu kita harus memberikan keutamaan perniagaan kepada mereka yang hormat kepada umat Islam dan bukannya para peniaga yang biadap dan tidak menghormati umat Islam. Kalau mereka sanggup menipu dan menggunakan orang agama yang tidak diberikan maklumat dengan betul maka kita harus mengajar mereka. Kalaulah kes ini berlaku dalam masyarkat India dan cina, saya jamin syarikat ini mungkin tutup kerana sikap mereka yang tidak menghormati para pengguna.

Lihatlah apa terjadi di India di mana syarikat Mc Donalds dikatakan menggunakan ramuan yang mengadungi lemak lembu di mana penduduknya mengamuk dan membakar sehingga mereka memohon maaf dan membayar gantirugi. Begitu juga kes syarikat rokok antarabangsa yang terpaksa membuat kenyataan rasmi kerana dikatakan membuang pekerja cina bagi mewujudkan kekosongan kepada pekerja Melayu dan menidakkan berita tersebut. Kita perlu belajar daripada orang India dan Cina jika mahukan bangsa kita dihormati!!!

Oleh yang demikian tidak perlulah kita berlumba-lumba membeli roti High 5 hanya kerana mereka telah membersihkan kilang mereka setelah menipu para pengguna Islam selama bertahun-tahun. Carilah roti gardenia yang ada 30% kepentingan Bernas dan roti Iman atau roti Azan atau Faderal Bakery.

Sebenarnya pihak PPIM juga mempunyai bukti untuk percaya berita sebaran SMS mengenai pengguna minyak babi ini dimulakan oleh pihak High 5 sendiri bagi mengalihkan pandangan dan helah mereka untuk mengalihkan perhatian.

Soalan 7:
Adakah Pau Ahmad , Mee Azam, Kicap Eliza, sos Mahkota, kopi Jantan, restoran Selera Kampung, Melor merupakan perniagaan milik orang bukan Islam. Kenapa tiada di ambil tindakan undang undang?

Jawapan: Tiada sebarang undang2 yang boleh diambil kerana kita tiada sebarang akta bagi nama-nama yang mengelirukan. Itulah lemahnya orang Islam tak dapat berbuat apapun walau ditipu kiri, kanan depan dan belakang. Hanya pengguna yang berpakat dan mempunyai harga dan agenda diri dapat menghentikan perbuatan yang berunsurkan penipuan ini.

Jika ini terjadi dalam masyarakat lain, pengusaha yang menipu akan menerima padah kerugian yang besar tetapi dalam masyarakat kita, ramai pula orang kita yang seolah-oleh tidak lagi tempat makan lain yang dimiliki oleh orang Islam dan kalau tak makan boleh memudaratkan diri jadi perlu makan di restoran-restoran bukan Islam yang “ ada ramai orang bertudung makan”, ada tersangkut ayat Quran, ada tertulis “ halal ”, “ Halal 24 Jam”, “ pork free ” dan menambahkan keuntungan restoran-restoran tersebut. Ingatlah dan renungilah, sesungguhnya bukankah kita yang memberikan kekayaan kepada para peniaga bukan Islam walaupun tidak menghormati kita selama ini sedangkan tidak jauh daripada tempat tersebut ada restoran milik saudara seIslam kita yang masih memerlukan sokongan ekonomi.

Kelemahan serta kedaifan ini tidak terjadi dalam masyarakat Jepun, Korea, German, China, India dan masyarakat yang mempunyai harga diri yang tinggi. Contohnya bagaimana masyarakat Korea yang hanya ada 2 kerat di Malaysia mempunyai supermarket mereka sendiri. Orang Jepun boleh korbankan masa daripada Ampang ke Sogo hanya untuk mencari paper clip.

Contoh kekuatan jatidiri masyarakat terlalu banyak. Datanglah ke PPIM untuk berbincang bagaimana kita boleh mengembalikan hak dan maruah kita dengan bijaksana. Ingatlah, kalau kita sendiri tidak tahu untuk menghormati diri kita, tiada siapa manusia lain yang akan menghormati kita! Hiduplah dengan mengamalkan prinsip Islam yang amat mengutamakan saudara seIslam dalam apajua yang dilakukan serta semaklah samada apa yang dilakukan membawa manfaat kepada umat Islam akhirnya.

Soalan 8:
Adakah susu Smilec mengandungi “ growth hormone ” yang digunakan pakai ke atas lembu bagi menambahkan pengeluaran susu lembu haram bagi pengguna Islam.?

Jawapan: Smilec adalah tersenarai antara syarikat 100 terbesar di dunia mengikut Majalah Fortune. Dalam perkara ini PPIM merasakan sedikit lega kerana mereka ini nampaknya menghormati dan prihatin terhadap perasaan pengguna Islam.

Mereka juga telah memperolehi sijil halal daripada badan yang diterima oleh JAKIM. Namun demikian, Syarikat Abbot yang mewakili susu Smilec adalah pengedar susu ini. ini yang Pengurus Besar kanan mereka telah memberikan penerangan mengenai perkara ini. Mereka mengesahkan bahawa lembu tenusu yang diternak di Ireland memang tidak dibenarkan untuk menggunakan growth hormone, Kami sertakan dokumen berkaitan untuk rujukan para ahli yang dihormati.

Namun demikian, sebagai prinsip, jika adalah pilihan susu yang dibuat oleh orang Islam, maka ini perlu diberikan keutamaan. Buat ketika ini ada satu jenis susu yang dikelaurkan oleh syarikat Islam. Sila rujuk kepada kami untuk maklumat lanjut.

Soalan 9:
Biskut berlambang salib. Apakah yang perlu dilakukan?

Jawapan: Isu penghinaan terhadap umat Islam bukanlah perkara baru. Dari isu kartun Rasul, ke isu ayat Quran di baju , kasut, seluar dalam, bola, ke isu lambing salib kepada isu penipuan logo halal dan banyak lagi. Keadaan ini seolah-olah melambangkan betapa lemahnya umat Islam sehingga tidak mampu melakukan apa-apa bagi mengembalikan hak dan maruah kita.

Isu salib di biskut dan batang ice cream Walls merupakan antara kejadian yang mendapat perhatian pengguna Islam yang nampaknya amat marah dan tidak selesa. Cubaan PPIM untuk memanggil Walls ke PPIM untuk penjelasan tidak mendapat sebarang respon. Apa yang akan dilakukan oleh PPIM adalah membuat laporan Polis dan Kementerian Dalam Negeri atas asas penghinaan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Apapun itu kita serahkan kepada Kerajaan.

Di masa yang sama bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Walls yang kita amat jelak dengan perbuatan sedemikian, PPIM ingin mengajak para pengguna untuk memulaukan produk Walls secara terancang.

Kami minta kesungguhan semua para pengguna agar memulau produk ini dengan mengambil langkah-langkah berikut:-

  1. Para peniaga yang mempunyai kedai runcit agar menutup peti ais di kedai mereka dan meminta syarikat mengambil balik produk mereka;
  2. Sebarkan niat jahat dan penghinaan mereka kepada semua rakan dan kenalan kita;
  3. Tentukan anak-anak kita tidak lagi membeli jenama ini;
  4. Kita hantar bantahan rasmi ke syarikat ini
  5. Kita panjangkan berita ini kepada masjid-masjid dan surau serta melalui email serta sms. Jika ini dapat dilakukan dengan berkesan dan dengan semangat pakatan persaudara Islam yang jitu, sudah tentu lain kali perkara tidak akan berlaku kerana tiada syarikat yang bersedia untuk rugi dan menentang para pengguna yang bersatu.

PPIM akan memulakan boikot ini dengan cara terancang dan akan memaklumkan kepada para ahli PPIM semua. Apapun para pengguna harus bijak dan mempunyai keprihatinan dan sensitiviti yang tinggi yang boleh membawa kegerunan kepada mereka yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap pengguna Islam.

Dengan cara ini, kita tidak perlu menggunakan kekuatan fisikal. Cuma kerjasama dan pakatan antara pengguna Islam untuk melindungi hak kita dengan cara yang bijak. Kita faham di antara pengguna Islam mempunyai perbezaan tetapi kita harus lihat persamaan kita dan ketepikan perbezaan idea dan fahaman politik. Dengan bersatu sahaja lah kita mungkin mengembalikan hak kita.

Marilah kita gerakkan kerjasama ini dengan ikhlas demi masa depan kita. Bersatu di atas landasan “ Mengembalikan hak dan maruah kita dengan bijaksana” dan wujudkan “ Gerakan Pengguna Islam yang berangenda” di antara kita, keluarga kita, masyarakat kita dan jadikan ini sebagai perjuangan kita ke arah jihad ekonomi .

Kami di PPIM juga sentiasa mengalu-alukan bantuan dan sokongan yang mungkin daripada masyarakat Islam. Hubungi kami secara persendirian atau datang untuk kita bela masa depan kita bersama.

02 July 2007

PERKARA-PERKARA MUSTAHAK

PENERANGAN PERKARA-PERKARA MUSTAHAK DIFAHAMI OLEH AHLI-AHLI PPIM DAN ORANG RAMAI.

Muqaddimah.

Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari.

Apakah dasar-dasar jelas yang harus mempengaruhi kita dalam membuat keputusan kita seharian sebagai pengguna? Prinsip dan dasar ini AMAT penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekeh, tidak diambil kira, justeru tidak dihormati.

Apakah makna kehidupan jika hak kita tidak dihormati? Manusia melakukan berbagai usaha di dunia ini agar mereka dihormati dan tidak dipandang hina di mata ramai. Lihatlah bagaimana “Maslow Hierarchy of Needs” yang digunakan sebagai rujukan pengurusan para kapitalis dalam membuat perancangan bagi menguasai dan memanipulasi minda pengguna. Soalan yang bertanyakan adakah sesuatu produk itu halal merupakan satu soalan yang biasa diterima.

Sambil kami menjawab soalan tersebut, kami ingin juga mengingatkan para pengguna agar lebih bijak dan sedar bahawa janganlah kita hanya hadkan pertanyaan kita setakat “hendak mengguna” sahaja. Keperluan kita nampaknya begitu asas sehinggakan soalan yang biasa kita tanya hanya setakat untuk memenuhi keperluan asas kita semata mata dan tiada lagi agenda yang lebih daripada itu samada produk yang dikeluarkan dihasilkan oleh “Muslim Organisations”, “Muslim Friendly Organisation”, Anti Muslim Groups” atau musuh-musuh Islam sendiri.

Adakalanya soalan kita begitu cetek sehinggakan kita hanya melihat produk akhiran sahaja dan tidak bertanyakan samada proses simpanan,pengedaran ( perkapalan, pengangkutan) perbankan (bank Islam sebenar atau label bank Islam semata!) dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar sebagai satu proses. Kita harus melihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh kerana prinsip pembelian kita bergantung kepada beberapa faktor asas yang secara langsung melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan Umat Islam sendiri.

Antara soalan yang harus sentiasa ada pada kita adalah:-

  1. Adakah produk ini HALAL dan BAIK?
  2. Adakah produk ini membawa kepada kesihatan?
  3. Adakah alternatif produk yang dikeluarkan oleh orang Islam?
  4. Adakah produk ini dikeluarkan oleh orang Islam 100%, 50%, 30%?
  5. Adalah produk ini disahkan atau dipantau oleh orang Islam?
  6. Adakah logo ini betul dan tulen?
  7. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini menghormati masyarakat Islam?
  8. Adakah produk ini mempunyai unsur-unsur menghina Islam?
  9. Adakah produk ini dimiliki oleh syarikat yang memusuhi Islam?
  10. Adakah produk ini dikeluarkan atau dikilangkan di Malaysia atau import keseluruhannya?
  11. Adakah produk ini membawa manfaat kepada umat Islam?
  12. Adakah produk yang sama dikeluarkan oleh masyarakat Islam tapi agak sukar diperolehi di pasaran?
  13. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini mempunyai dasar yang menghormati umat Islam dan Agama Islam?
  14. Adakah pekerja Islam diberikan kemudahan untuk mengamalkan Islam tanpa diskriminasi secara sedar ataupun tidak?
  15. Adakah syarikat mengamalkan diskriminasi terhadap syarikat pembekal-pembekal Islam yang cuba membekal bahan kepada syarikat mereka?
  16. Adakah produk tersebut benar-benar perlu kepada kita dan tiadakah sebarang altenatif yang dikeluarkan oleh masyarakat Islam?

Paling tidak carilah produk yang mempunyai halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan Islam. Namun demikian kita harus berhati-hati kerana kami di PPIM telah beberapa kali membongkar salah guna Halal JAKIM yang berlaku di Negara ini. Apa lagi yang tidak mempunyai sebarang tanda halal!

Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan. Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu. Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.

Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil perkara ini sebagai perkara amat penting.

Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.

Setelah sijil halal dikeluarkan, tiada terdapat proses audit berkala atau pemantauan dijalankan. Ini berlaku dalam contoh kes roti High 5. Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk memantau sehingga kilang begitu kotor selama bertahun-tahun dan umat Islam diperdaya dengan iklan “ roti yang lebih baik”. Ramai pengguna yang agak “jahil” dan tidak prihatin yakin dengan iklan wanita Melayu bertudung dan terus-menerus membeli roti daripada syarikat yang tidak menghormati Islam selama ini dan kini membawa pendekatan baru dengan “mempergunakan” ahli agama bagi memulihkan syarikat mereka dengan menupulasi fakta-fakta sebenar.

Untuk makluman kita semua, apabila sijil halal roti High 5 ditarik balik, beberapa hari kemudianya ianya diberikan kembali secara “ express ”, apakah hak pengguna Islam yang setelah sekian lama di tipu? Adakah mungkin umat Islam yang bertahun-tahun disajikan makanan kotor dan mungkin jadi tak halal nak tuntut Dato' Jackson Tan di akhirat nanti!?

Kalau orang Islam tipu kita, mereka tak akan lepas kira-kira dan tetap kita boleh tuntut. Jadilah pengguna yang bijak agar kita dihormati! Kami di PPIM yakin Halal ( seperti haji, zakat, jumaat dll ) merupakan antara anugerah Allah SWT kepada Umat Islam yang boleh memperkasakan kita semua. Kita lihatlah bagaimana sijil KOSHER yang digunakan oleh YAHUDI yang hanya 6 juta orang di Amerika mampu menguasai pasaran makanan dunia sehinggakan 80% produk yang terdapat di supermarket di Amerika “ terpaksa” mempunyai pengesahan KOSHER.

Yahudi telah menggunakan KOSHER untuk menguasai dunia. Lihatlah sehinggakan kita sendiri yang marahkan Yahudi yang membunuh orang Islam meminta pengesahan musuh kita, KOSHER apabila membeli makanan di luar Negara atau menaiki kapalterbang! Tidakkah ini merupakan ironi yang jelas dan agak memalukan kita semua yang telah bertahun-tahun begitu akur dan amat selesa dengan amalan ini?

Manakah hendak kita letakkan maruah, harga diri dan air muka kita? “ We can loose everything but not dignity, not dignity ” kata Sheikh Yassin, seorang mujahid Islam yang disogok dengan berbagai umpan dan habuan supaya menerima dan memperakui kehendak Agenda Yahudi. Adakalanya, apa yang kita lakukan mungkin terlindung dan tidak jelas sebagai melemahkan Islam dan memberikan kekuatan kepada musuh Islam. Kita lihat beberapa contoh bagaimana kita tanpa sedar, membantu musuh Islam dan melukakan hati saudara seIslam kita.

Kita lihat apabila kita:

  1. Minum Coca-Cola - Senario di belakang tabir adalah Coca-Cola membantu Regim Yahudi sejak tahun 60an lagi, menghina Islam dengan berbagai cara. Haruskah kita menyokong produk mereka sedangkan tanpa coke kita tidak mati malah ianya memudaratkan kesihatan serta banyak lagi produk altenatif, produk Islam sendiri;
  2. Bersantai dan minum di Starbuck Café. Senario di belakang tabir adalah Starbuck merupakan penyokong kuat perjuangan Yahudi Zionis. Tidakkah kita melukakan hati para pejuang Islam yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah Islam? Tidakkah ada café lain yang tidak menghina Islam atau yang dimiliki oleh orang Islam sendiri? Tidakkah kita lihat bagaimana kita berperanan dan membantu pembunuhan Umat Islam sendiri apabila kita menyumbang kepada keuntungan Starbucks?
  3. Menggunakan ubat gigi Colgate. Senario di belakang tabir di mana lebih 47 tahun Colgate tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam dengan mengeluarkan produk tanpa sebarang pengesahan halal dan tidak berminat untuk berbuat demikian selama itu? Colgate juga berperanan menaja dan membantu Israel dalam perang dengan Negara-negara Islam yang diketahui sejak tahun 1967. Kini apabila diasak dan merasakan kerugian akibat terjejas jualan baru menggunakan tanda halal di luar Negara pada ubat gigi yang dibuat di Vietnam, China dan Thailand. Itupun tiada sebarang pengesahan badan mana yang mengesahkannya.
  4. Para pengguna tidak harus dianggap bodoh sentiasa dan menuruti sahaja apa yang disumbat dan sogokkan kepada mereka sampai bila-bila. Lagipun kini terdapat banyak produk Islam, produk tempatan jadi tiada sebab kita harus menghantarkan keuntungan ratusan juta setiap tahun ke luar Negara bagi menguntungkan para kapitalis dan merugikan tukaran asing serta tidak menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang tidak selama ini tidak juga sensitif kepada kehendak Islam. Lagipun apakah maknanya jaminan hanya “pada produk dipasarkan di Malaysia”?

Di Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia macam mana pula? Orang Islam di luar Malaysia tak perlu dihormati dan diteruskan disumbat denga ubat gigi tanpa jaminan halal? Kita juga harus peka dan prihatin kepada saudara seIslam kita di luar sana. Kalau mereka boleh menidakkan keperluan saudara kita, apakah kita harus berlumba-lumba menyokong hanya kerana mereka kata mereka kini mempunyai jaminan halal daripada badan yang disorok namanya!

Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya di manakah kita memperolehi duit/rezeki kita tetapi kita juga akan ditanya ke manakah dibelanjakan duit kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan Islam sendiri? Malangnya tiga syarikat contoh ini, Coke juga telah mendakwa mempunyai Halal (JAKIM), Starbucks ( South East Asia Halal Council) dan Colgate ( tak tahu yang mana satu pun tidak mencatatkan apajua logo halal kerana mungkin mereka anggap pengguna Islam tidak perlu tahu dan harus sememangnya jahil!).

TIDAKKAH PENGGUNA ISLAM HARUS DIHORMATI DAN DIJAGA HATI DAN PERASAAN MEREKA atau tidak perlu hormat dengan orang Islam kerana mereka ini Goyim?

Persoalannya sebagai pengguna Islam tidakkah kita harus amat berhati-hati membelanjakan pendapatan kita? Bukankah kita sendiri harus disalahkan di atas kelemahan kita. Kita para pengguna harus bersatu dan berpakat.

Kita lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya berpakat. Kita tidak harus mengharapkan kerajaan melakukannya semuanya bagi pihak kita. Kita perlu mengambil inisiatif sendiri sebagaimana kaum Tiong Hwa mengamalkan perpaduan dalam kehidupan mereka. Mereka sensitif, prihatin dan bersatu. Jika sesuatu berlaku, mereka bersatu, merekapun tidak perlu ada campurtangan kerajaan kerana mereka sendiri telah membentuk jaringan yang padu di seluruh dunia. Lihatlah berbagai isu di mana apabila mereka “merasakan” mereka tidak diberikan penghormatan, mereka bersatu dan berjaya membawa kegerunan kepada mana-mana kumpulan sasar.

Lihat Isu mandarin orange, rokok dll. Sesungguhnya pada kami perkara Halal merupakan senjata yang paling ampuh dan kuat, malah jauh lebih berbisa daripada KOSHER jika digunakan dengan betul dan bijak. Hakikatnya hari ini kita hanyalah merupakan “feeder” kepada satu sistem yang besar yang kaya raya dengan memperkudakan kejahilan yang kita lakukan. Inilah antara kata-kata para kapitalis yang mengibaratkan orang Islam sebagai penagih-penagih dadah yang mengutip dan mencuri segala besi dan aluminium dan mengumpulkan lalu menjual kepada peniaga besi buruk yang hidup mewah mendapat hasil kutipan oleh para “feeder” yang merempat. Kita tidak rela lagi dihina.

Marilahlah kita bersatu hati, mewujudkan “ Gerakan Pengguna Islam (GPI) ” yang sensitif yang akan menghantar isyarat jelas kepada para kepitalis yang sentiasa mengambil kesempatan maksima di atas kita. Ingat: “ Hindarlah yang meragukan…marilah kita berjihad ekonomi bagi menghidupkan ekonomi Umat Islam dan juga mensucikan diri kita dengan produk yang halal, mudah-mudahan doa kita mudah diterima..”

21 June 2007

Men vs Women

Men:

  1. All men are extremely busy.
  2. Although they are so busy, they still have time for women.
  3. Although they have time for women, they don't really care for them.
  4. Although they don't really care for them, they always have one around.
  5. Although they always have one around them, they always try their Luck with others.
  6. Although they try their luck with others, they get really pissed off If the women leaves them.
  7. Although the women leaves them they still don't learn from their Mistakes and still try their luck with others.

Women:

  1. the most important thing for a woman is financial security.
  2. Although this is so important, they still go out and buy expensive Clothes.
  3. Although they always buy expensive clothes, they never have something To wear.
  4. Although they never have something to wear, they always dress Beautifully.
  5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "An old rag".
  6. Although their clothes are always "just an old rag", they still Expect you to compliment them.
  7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't Believe you Men...

18 June 2007

Start

Ok...
let me start now eventhough its look very simple and make me stupid..whatever la...i will try mix between the two language that i familiar either malay or english...so, hope guys over there can comment me anythings...i will accept...

16 June 2007

Hindu Protocol

TO ALL MY MUSLIM FRIENDS ....
EVERY ONE MUST READ AND UNDERSTAND WHAT'S GOING ON IN THIS WORLD?
(KEPADA SAUDARA MUSLIM.. ANDA SEMUA MESTI FAHAM APAKAH APA
YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI..)

This book was introduced into the London book market for 5 days before
it was withdrawn due to fear of harassment and discrimination against
Hindus in the arab world. The source of this information comes from the U.A.E
(Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik
balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi
orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E)

Sharjah broadcasting Channel presented by Ra'ad Aman and the program name, "Foreign writings".
(Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama "Penulisan Luar".)

Book Title : "All Hindus Wake up"
(Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah")

Subheading : "The protocols for Hindu leaders"
(Tajuk kecil : "Protokol Ketua Hindu")

The Author : Dr.R. Singh
(Pengarang : Dr. R. Singh)

These are 13 of the protocols mentioned :
(Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:)

1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative at! titude towards muslims.
(1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.)

2. Spread Sinful acts and values within muslim communities.
(2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.)

3. Hindu temples must be built in all places possible! and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place.
(3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.)

4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against islam.
(4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam)

5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities.
(5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.)

6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities.
(6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.)


7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital ! defects in the foetus.
(7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.)

8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. like what we say azan)
(8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam))

9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them.
(9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.)

10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back.
(10. Jadilah sahabat! mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.)

11. Turn others against them.
(11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.)

12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking.
(12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.)

13. Wear a black string around your wrist.
(13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.)

Perkara ini telah berlaku di Perak, ini lah kerisauan yang dialami oleh Mufti Perak...
May you please send this to as many Muslims as you can, it is your duty
as a muslim.

TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM.
BERGETAR JANTUNG KU, MENYIRAP DARAH KU,
TIDAK KU TAKUT MAHU PUN GENTAR,
KERANA AGAMA DAN BANGSA YANG TERCINTA,
AKAN KU TENTANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR...
ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKHBAR

15 June 2007

JANGAN MAKAN SARDIN

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.

Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Wallahualam...

25 May 2007

MOTIVASI DI PAGI HARI..DI CELAH KESIBUKAN..

Terasa hiba aku baca ni..
bila pandang dalam diri sendiri, terasa betapa hinanya diri ni di sisi ALLAH
betapa lalainya kehidupan ni...
seringkali jatuh..
bangun balik...
jatuh....
dan usaha lagi...
moga tercapai cita2,
moga Allah memberi hidayah dan petunjuknya..
moga Allah memberi rahmat dan buka hati kita ke jalan yang diredhaiNya....
Amin


Sedikit renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:
"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",

"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",

"Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad",

"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid;
biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".
Pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu.

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.

"Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan, dan jin.

"Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis
"Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka.

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu.

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan".

"Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah, sepanjang hari."

"Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".

"Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".

"Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar".

"Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta."

"Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK."

"Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah."

"Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan dan kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."

"RENCANA YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA.

"Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya".

Sekarang pertanyaan saya adalah,
"APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"


"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu....
kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."

Ya Allah,
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami..
kedua ibubapa kami..
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amin Ya Rabbal A'lamin

03 May 2007

Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Mahsyar

Gambaran manusia yg berdosa di padang masyar

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (BABI)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALA JENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KE ATAS & KEPALA KE BAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KE PERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah, ganja dan lain-lain...

untuk peringatan bersama..

30 April 2007

Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaganya. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya, dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam!!!!!!!!)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang lelakinya
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat!!!!!!!)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.... jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya!!!!!!!!!!! )

Lihatlah..... betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sebaiknya.

27 April 2007

Warkah Buat Adam ...

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,...
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!!!???? Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid **********, guru yang tidak pandai mengajar!

Adam....
kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu... Maafkan aku sekali lagi

Adam...
seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu

Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari
Hawa

26 April 2007

Tazkirah 1

Sedikit tazkirah untuk kebaikan bersama...

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan. Rosak persahabatan, hilang kebahagian.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tak sombong bila berjaya. Andai gagal tak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Sekian, wasalam..

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun."
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu."
"Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

25 April 2007

Puisi yg berakhir dgn 'T'

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat ...
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! ..
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

Insya-Allah...

24 April 2007

KISAH YANG MUNGKIN NYATA

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya, siapa dia, tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku, terus berjalan, kekerongkongku, sakittttttttt, sakit, rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya.

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah2 tak mampu aku menahan benda
tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... Mataku terbelalak... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada
tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia??????? Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... mereka menjerit... histeria.... terlebih isteriku seolah tak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka ......... tak kuasa aku menangis.... berteriak... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di
sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, Jika kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca email ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku masih mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

"Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka??