Muqaddimah.
Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari.
Apakah dasar-dasar jelas yang harus mempengaruhi kita dalam membuat keputusan kita seharian sebagai pengguna? Prinsip dan dasar ini AMAT penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekeh, tidak diambil kira, justeru tidak dihormati.
Apakah makna kehidupan jika hak kita tidak dihormati? Manusia melakukan berbagai usaha di dunia ini agar mereka dihormati dan tidak dipandang hina di mata ramai. Lihatlah bagaimana “Maslow Hierarchy of Needs” yang digunakan sebagai rujukan pengurusan para kapitalis dalam membuat perancangan bagi menguasai dan memanipulasi minda pengguna. Soalan yang bertanyakan adakah sesuatu produk itu halal merupakan satu soalan yang biasa diterima.
Sambil kami menjawab soalan tersebut, kami ingin juga mengingatkan para pengguna agar lebih bijak dan sedar bahawa janganlah kita hanya hadkan pertanyaan kita setakat “hendak mengguna” sahaja. Keperluan kita nampaknya begitu asas sehinggakan soalan yang biasa kita tanya hanya setakat untuk memenuhi keperluan asas kita semata mata dan tiada lagi agenda yang lebih daripada itu samada produk yang dikeluarkan dihasilkan oleh “Muslim Organisations”, “Muslim Friendly Organisation”, Anti Muslim Groups” atau musuh-musuh Islam sendiri.
Adakalanya soalan kita begitu cetek sehinggakan kita hanya melihat produk akhiran sahaja dan tidak bertanyakan samada proses simpanan,pengedaran ( perkapalan, pengangkutan) perbankan (bank Islam sebenar atau label bank Islam semata!) dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar sebagai satu proses. Kita harus melihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh kerana prinsip pembelian kita bergantung kepada beberapa faktor asas yang secara langsung melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan Umat Islam sendiri.
Antara soalan yang harus sentiasa ada pada kita adalah:-
- Adakah produk ini HALAL dan BAIK?
- Adakah produk ini membawa kepada kesihatan?
- Adakah alternatif produk yang dikeluarkan oleh orang Islam?
- Adakah produk ini dikeluarkan oleh orang Islam 100%, 50%, 30%?
- Adalah produk ini disahkan atau dipantau oleh orang Islam?
- Adakah logo ini betul dan tulen?
- Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini menghormati masyarakat Islam?
- Adakah produk ini mempunyai unsur-unsur menghina Islam?
- Adakah produk ini dimiliki oleh syarikat yang memusuhi Islam?
- Adakah produk ini dikeluarkan atau dikilangkan di Malaysia atau import keseluruhannya?
- Adakah produk ini membawa manfaat kepada umat Islam?
- Adakah produk yang sama dikeluarkan oleh masyarakat Islam tapi agak sukar diperolehi di pasaran?
- Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini mempunyai dasar yang menghormati umat Islam dan Agama Islam?
- Adakah pekerja Islam diberikan kemudahan untuk mengamalkan Islam tanpa diskriminasi secara sedar ataupun tidak?
- Adakah syarikat mengamalkan diskriminasi terhadap syarikat pembekal-pembekal Islam yang cuba membekal bahan kepada syarikat mereka?
- Adakah produk tersebut benar-benar perlu kepada kita dan tiadakah sebarang altenatif yang dikeluarkan oleh masyarakat Islam?
Paling tidak carilah produk yang mempunyai halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan Islam. Namun demikian kita harus berhati-hati kerana kami di PPIM telah beberapa kali membongkar salah guna Halal JAKIM yang berlaku di Negara ini. Apa lagi yang tidak mempunyai sebarang tanda halal!
Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan. Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu. Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.
Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil perkara ini sebagai perkara amat penting.
Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.
Setelah sijil halal dikeluarkan, tiada terdapat proses audit berkala atau pemantauan dijalankan. Ini berlaku dalam contoh kes roti High 5. Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk memantau sehingga kilang begitu kotor selama bertahun-tahun dan umat Islam diperdaya dengan iklan “ roti yang lebih baik”. Ramai pengguna yang agak “jahil” dan tidak prihatin yakin dengan iklan wanita Melayu bertudung dan terus-menerus membeli roti daripada syarikat yang tidak menghormati Islam selama ini dan kini membawa pendekatan baru dengan “mempergunakan” ahli agama bagi memulihkan syarikat mereka dengan menupulasi fakta-fakta sebenar.
Untuk makluman kita semua, apabila sijil halal roti High 5 ditarik balik, beberapa hari kemudianya ianya diberikan kembali secara “ express ”, apakah hak pengguna Islam yang setelah sekian lama di tipu? Adakah mungkin umat Islam yang bertahun-tahun disajikan makanan kotor dan mungkin jadi tak halal nak tuntut Dato' Jackson Tan di akhirat nanti!?
Kalau orang Islam tipu kita, mereka tak akan lepas kira-kira dan tetap kita boleh tuntut. Jadilah pengguna yang bijak agar kita dihormati! Kami di PPIM yakin Halal ( seperti haji, zakat, jumaat dll ) merupakan antara anugerah Allah SWT kepada Umat Islam yang boleh memperkasakan kita semua. Kita lihatlah bagaimana sijil KOSHER yang digunakan oleh YAHUDI yang hanya 6 juta orang di Amerika mampu menguasai pasaran makanan dunia sehinggakan 80% produk yang terdapat di supermarket di Amerika “ terpaksa” mempunyai pengesahan KOSHER.
Yahudi telah menggunakan KOSHER untuk menguasai dunia. Lihatlah sehinggakan kita sendiri yang marahkan Yahudi yang membunuh orang Islam meminta pengesahan musuh kita, KOSHER apabila membeli makanan di luar Negara atau menaiki kapalterbang! Tidakkah ini merupakan ironi yang jelas dan agak memalukan kita semua yang telah bertahun-tahun begitu akur dan amat selesa dengan amalan ini?
Manakah hendak kita letakkan maruah, harga diri dan air muka kita? “ We can loose everything but not dignity, not dignity ” kata Sheikh Yassin, seorang mujahid Islam yang disogok dengan berbagai umpan dan habuan supaya menerima dan memperakui kehendak Agenda Yahudi. Adakalanya, apa yang kita lakukan mungkin terlindung dan tidak jelas sebagai melemahkan Islam dan memberikan kekuatan kepada musuh Islam. Kita lihat beberapa contoh bagaimana kita tanpa sedar, membantu musuh Islam dan melukakan hati saudara seIslam kita.
Kita lihat apabila kita:
- Minum Coca-Cola - Senario di belakang tabir adalah Coca-Cola membantu Regim Yahudi sejak tahun 60an lagi, menghina Islam dengan berbagai cara. Haruskah kita menyokong produk mereka sedangkan tanpa coke kita tidak mati malah ianya memudaratkan kesihatan serta banyak lagi produk altenatif, produk Islam sendiri;
- Bersantai dan minum di Starbuck Café. Senario di belakang tabir adalah Starbuck merupakan penyokong kuat perjuangan Yahudi Zionis. Tidakkah kita melukakan hati para pejuang Islam yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah Islam? Tidakkah ada café lain yang tidak menghina Islam atau yang dimiliki oleh orang Islam sendiri? Tidakkah kita lihat bagaimana kita berperanan dan membantu pembunuhan Umat Islam sendiri apabila kita menyumbang kepada keuntungan Starbucks?
- Menggunakan ubat gigi Colgate. Senario di belakang tabir di mana lebih 47 tahun Colgate tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam dengan mengeluarkan produk tanpa sebarang pengesahan halal dan tidak berminat untuk berbuat demikian selama itu? Colgate juga berperanan menaja dan membantu Israel dalam perang dengan Negara-negara Islam yang diketahui sejak tahun 1967. Kini apabila diasak dan merasakan kerugian akibat terjejas jualan baru menggunakan tanda halal di luar Negara pada ubat gigi yang dibuat di Vietnam, China dan Thailand. Itupun tiada sebarang pengesahan badan mana yang mengesahkannya.
- Para pengguna tidak harus dianggap bodoh sentiasa dan menuruti sahaja apa yang disumbat dan sogokkan kepada mereka sampai bila-bila. Lagipun kini terdapat banyak produk Islam, produk tempatan jadi tiada sebab kita harus menghantarkan keuntungan ratusan juta setiap tahun ke luar Negara bagi menguntungkan para kapitalis dan merugikan tukaran asing serta tidak menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang tidak selama ini tidak juga sensitif kepada kehendak Islam. Lagipun apakah maknanya jaminan hanya “pada produk dipasarkan di Malaysia”?
Di Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia macam mana pula? Orang Islam di luar Malaysia tak perlu dihormati dan diteruskan disumbat denga ubat gigi tanpa jaminan halal? Kita juga harus peka dan prihatin kepada saudara seIslam kita di luar sana. Kalau mereka boleh menidakkan keperluan saudara kita, apakah kita harus berlumba-lumba menyokong hanya kerana mereka kata mereka kini mempunyai jaminan halal daripada badan yang disorok namanya!
Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya di manakah kita memperolehi duit/rezeki kita tetapi kita juga akan ditanya ke manakah dibelanjakan duit kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan Islam sendiri? Malangnya tiga syarikat contoh ini, Coke juga telah mendakwa mempunyai Halal (JAKIM), Starbucks ( South East Asia Halal Council) dan Colgate ( tak tahu yang mana satu pun tidak mencatatkan apajua logo halal kerana mungkin mereka anggap pengguna Islam tidak perlu tahu dan harus sememangnya jahil!).
TIDAKKAH PENGGUNA ISLAM HARUS DIHORMATI DAN DIJAGA HATI DAN PERASAAN MEREKA atau tidak perlu hormat dengan orang Islam kerana mereka ini Goyim?
Persoalannya sebagai pengguna Islam tidakkah kita harus amat berhati-hati membelanjakan pendapatan kita? Bukankah kita sendiri harus disalahkan di atas kelemahan kita. Kita para pengguna harus bersatu dan berpakat.
Kita lihatlah bagaimana bangsa-bangsa yang berjaya berpakat. Kita tidak harus mengharapkan kerajaan melakukannya semuanya bagi pihak kita. Kita perlu mengambil inisiatif sendiri sebagaimana kaum Tiong Hwa mengamalkan perpaduan dalam kehidupan mereka. Mereka sensitif, prihatin dan bersatu. Jika sesuatu berlaku, mereka bersatu, merekapun tidak perlu ada campurtangan kerajaan kerana mereka sendiri telah membentuk jaringan yang padu di seluruh dunia. Lihatlah berbagai isu di mana apabila mereka “merasakan” mereka tidak diberikan penghormatan, mereka bersatu dan berjaya membawa kegerunan kepada mana-mana kumpulan sasar.
Lihat Isu mandarin orange, rokok dll. Sesungguhnya pada kami perkara Halal merupakan senjata yang paling ampuh dan kuat, malah jauh lebih berbisa daripada KOSHER jika digunakan dengan betul dan bijak. Hakikatnya hari ini kita hanyalah merupakan “feeder” kepada satu sistem yang besar yang kaya raya dengan memperkudakan kejahilan yang kita lakukan. Inilah antara kata-kata para kapitalis yang mengibaratkan orang Islam sebagai penagih-penagih dadah yang mengutip dan mencuri segala besi dan aluminium dan mengumpulkan lalu menjual kepada peniaga besi buruk yang hidup mewah mendapat hasil kutipan oleh para “feeder” yang merempat. Kita tidak rela lagi dihina.
Marilahlah kita bersatu hati, mewujudkan “ Gerakan Pengguna Islam (GPI) ” yang sensitif yang akan menghantar isyarat jelas kepada para kepitalis yang sentiasa mengambil kesempatan maksima di atas kita. Ingat: “ Hindarlah yang meragukan…marilah kita berjihad ekonomi bagi menghidupkan ekonomi Umat Islam dan juga mensucikan diri kita dengan produk yang halal, mudah-mudahan doa kita mudah diterima..”
No comments:
Post a Comment