Info Nasihat dan Renungan
6 Oct: Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi segala-galanya memerlukan wang. Hiduplah atas Qada' dan Qadar ALLAH dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu.
5 Oct: Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan ALLAH kepada hambaNya dan 90% kekayaan di dunia datangnya daripada perniagaan.
3 Oct: Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati, susunan hidup teratur, silaturrahim dijaga dan amanah terlaksana serta tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.
2 Oct: Al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan, rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya dengan merenung huruf-hurufnya sahaja.
1 Oct: Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan. Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian.
30 Sept: Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu. Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu.
29 Sept: Hukum Allah itu banyak hikmahnya. Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakannya. Hukum yang dilaksanakan tanpa kesefahaman iman adalah satu penganiayaan.
29 Sept: Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman. Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan.
21 Sept: Bajai iman dengan bermujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih.
12 Sept: Sebaik-baik muhasabah diri adalah dengan merenung kelemahan, kekurangan dan dosa-dosa lalu dengan penuh istighfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bertaubat.
Info Hiburan
7 Oct: Pelakon Zizan Nin kehilangan ibunya baru-baru ini, Jenazah ibunya, Bibi Kalsom Md Sidek dikebumikan di Sg Besar 29 Sept lepas. Al-Fatihah.
5 Oct: Umie Aida telah melangsungkan pertunangannya dengan Datuk Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini. Dia dijangka mengumumkan tarikh pernbikahannya kelak.
No comments:
Post a Comment