17 November 2010

Korban

Salam pengorbanan di Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha sebenarnya.
Raya kali ini kami (aku dan isteri) beraya di perantauan. Tak jauh mana pun. Cuma di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat Johor berbanding kampung kami berdua. Oleh kerana cuti sehari je, kami mengambil keputusan untuk tidak balik ke kampung seperti biasa. Lagipun, baru 2 minggu lepas kami balik.
Bukannya ada masalah kewangan pun balik kampung cuma, mengambil maksud 'korban' dari sudut pandangan ketiga. Tambahan pula, baru lepas gaji 10hb lepas. Memang awal gaji bulan ni. Duit bulan lepas pun tak abis lagi. Hmmm... camne nak abiskan ek?
Anyway, salam pengorbanan buat semua umat Islam di seluruh dunia..

No comments: