Entry ini adalah untuk muhasabah diri dengan menilai berapa banyak kita mensyukuri nikmat umur yang diberikan sepanjang hidup kita. Kiranya ni sempena tahun baru gak la walaupun agak terlambat. Tapi, oleh kerana ini entry pertama tahun baru, kira relevan la jugak kan..
Senang cite, manusia ni amat ber'guna' sekiranya dia menggunakan dan membahagikan hidup ini dengan 3 bahagian dengan sebaiknya. 3 bahagian tersebut adalah untuk diri sendiri, untuk sesama manusia dan untuk penciptaNya. Adakah kita berlaku adil terhadap ketiga-tiga bahagian tersebut? Kita dikira bersyukur sekiranya dapat berlaku ADIL. Check it out!!
Untuk memudahkan pengiraan hayat atau umur kita kepada tiga bahagian, apa kata kita mengambil contoh yang mudah iaitu apa yang telah kita lakukan dalam sehari. Sehari ada 24 jam, bahagi 3 dapat 8 jam. So, cuba kita listkan apa yang telah kita buat dalam sehari daripada bangun tidur, pi keje, tengok tv, surf internet, baca blog, update fb, makan dsb sampailah kita tidur balik. Kira ambik yang common je la..
Agaknya berapa masa yang kita dah luangkan untuk kesenangan diri sendiri ek? Contohnya, makan, minum, tidur, main, rehat dsb..
Then, berapa banyak pulak kita buat sesuatu untuk kebaikan orang lain serta umat manusia sejagat. Contohnnya, buat kerja yang kita dibayar gaji sekarang ni ke?, tolong wife masak2, jaga anak, bagi nasihat kat orang dsb..
And lastly, cua muhasabah berapa masa yang kita luangkan untuk ALLAH? solat, doa, tasbih, dengar ceramah dsb..
Jadi, tu je la yang aku nak sampaikan. Untuk peringatan diri sendiri dan pembaca sekalian (itu pun kalau ada..) sebagai renungan bersama.
Sekian, wassalam..
No comments:
Post a Comment