25 May 2007

MOTIVASI DI PAGI HARI..DI CELAH KESIBUKAN..

Terasa hiba aku baca ni..
bila pandang dalam diri sendiri, terasa betapa hinanya diri ni di sisi ALLAH
betapa lalainya kehidupan ni...
seringkali jatuh..
bangun balik...
jatuh....
dan usaha lagi...
moga tercapai cita2,
moga Allah memberi hidayah dan petunjuknya..
moga Allah memberi rahmat dan buka hati kita ke jalan yang diredhaiNya....
Amin


Sedikit renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:
"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",

"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",

"Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad",

"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid;
biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".
Pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu.

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.

"Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan, dan jin.

"Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis
"Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka.

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu.

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan".

"Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah, sepanjang hari."

"Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".

"Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".

"Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar".

"Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta."

"Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK."

"Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah."

"Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan dan kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."

"RENCANA YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA.

"Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."

"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya".

Sekarang pertanyaan saya adalah,
"APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"


"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu....
kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."

Ya Allah,
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami..
kedua ibubapa kami..
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amin Ya Rabbal A'lamin

03 May 2007

Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Mahsyar

Gambaran manusia yg berdosa di padang masyar

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (BABI)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALA JENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KE ATAS & KEPALA KE BAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KE PERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah, ganja dan lain-lain...

untuk peringatan bersama..

30 April 2007

Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaganya. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya, dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam!!!!!!!!)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang lelakinya
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat!!!!!!!)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.... jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya!!!!!!!!!!! )

Lihatlah..... betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sebaiknya.

27 April 2007

Warkah Buat Adam ...

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam,...
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!!!???? Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid **********, guru yang tidak pandai mengajar!

Adam....
kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu... Maafkan aku sekali lagi

Adam...
seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu

Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

ikhlas dari
Hawa

26 April 2007

Tazkirah 1

Sedikit tazkirah untuk kebaikan bersama...

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan. Rosak persahabatan, hilang kebahagian.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tak sombong bila berjaya. Andai gagal tak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Sekian, wasalam..

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun."
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu."
"Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

25 April 2007

Puisi yg berakhir dgn 'T'

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat ...
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! ..
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

Insya-Allah...

24 April 2007

KISAH YANG MUNGKIN NYATA

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya, siapa dia, tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku, terus berjalan, kekerongkongku, sakittttttttt, sakit, rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya.

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah2 tak mampu aku menahan benda
tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... Mataku terbelalak... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada
tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia??????? Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... mereka menjerit... histeria.... terlebih isteriku seolah tak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka ......... tak kuasa aku menangis.... berteriak... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di
sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, Jika kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca email ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku masih mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

"Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka??

23 April 2007

Mandi Malam dan Paru-paru Berair

Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, kawan saya, Ali mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya Ali main pada waktu malam dan sekembalinya dia akan mandi sebelum tidur. Selalunya Ali bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan Ali semakin basah semenjak dia bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya dan Ali macam percaya dengan tidak kata-kata guru kami ini kerana maklumlah kami lulusan universiti sedangkan guru kami tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira 5mm diameter. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparen. Di dalam beg plastik transparen ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah pelbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu.

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama.

Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi. Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Ali. Ali berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiatnya ialah gemar minum air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Ali sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Ali juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Ali tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Ali tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Ali sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Dengan ini dirumuskan bahawa MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU boleh merosakkan paru-paru dan seterusnya menyebabkan masalah paru-paru berair....

19 April 2007

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan, terima kasih.
Wassallam.

18 April 2007

Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini.

17 April 2007

Musim Perkahwinan

Musim perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kita nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setakwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
justeru dia hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah

Musim perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
isteri itu tanah, kita langit penaungnya
dia ladang tanaman, kita pemagarnya
dia kiasan ternakan, kita gembalanya
dia adalah murid, kita mursidnya
dia bagaikan anak kecil, kita tempat bermanjanya
saat dia menjadi madu, kita teguk sepuasnya
seketika dia menjadi racun, kita penawar bisanya
dia tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Musim perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
kita belajar meniti sabar dan redha

Memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru kita tersentak dari alpa
kita bukannya Rasulullah
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh

renungkanlah....wahai suami....

16 April 2007

True Story - Muslim Ladies

Based on true story...

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik kawan saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru Al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,
"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Kawan saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada kawan saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu kawan saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri"

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata kawan saya ini dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, beliau melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adiknya. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibunya buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...kawan saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana dia melihat perubahan yang ajaib..Ya, kawan saya katakan ajaib kerana adiknya berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... kawan saya lihat, adiknya banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan ibadahnya pun melebihi kawan saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila saya dan kawan-kawan saya datang ke rumah kawan saya itu, dia menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, kawan saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan dia bekerja di sana , kawan saya mendapat khabar bahawa adiknya sakit tenat sehingga ibunya memanggilnya pulang ke rumah (rumah kawan saya di Madiun). Dalam perjalanan, kawan saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adiknya di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu diusahakan.

Ketika kawan saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....kawan saya pun berlari masuk ke dalam rumah..dia lihat ibunya menangis .. dan segera menghampiri ibunya lantas memeluknya........ dalam esak tangisnya ibu memberitahu,

"Dhi, adik kau boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ibu tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, kawan saya ini masuk ke bilik adiknya. Dia lihat di atas meja adiknya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adiknya tulis. Diari tempat adiknya menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu dibuka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati kawan saya ini. Perubahan yang terjadi ketika adiknya baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adiknya dan isteri jirannya itu. Butirannya seperti ini: Soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudarat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . . Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu kawan saya baca kerana tulisannya terhenti dan melihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah ... Kawan saya selak halaman berikutnya dan melihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta , tuli dan bisu.."
wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia..

"Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adik kawanku disisiNya..Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Sekian, wassalam...

13 April 2007

Confused Name

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan?
Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!
Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone) . And I need to talk to Annie Wan! It's urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan (no one) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.
Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. ( sorry)

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!
????!!!*&(%^*$E%W$Q%$&^%&*(U)>>>

05 April 2007

Nak Anak

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung..

Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari.. berkatalah si suami
"Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..."
(lelaki yang nak mendermakan sperma dia)

Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar bayi.
"Selamat pagi puan.. saya datang utk...."

belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong katanya dan berkata
"oh ya.. saya memang menunggu awak.."

"errr ye ke?" kehairanan photographer tu..
"kalau macam tu.. bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..
(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )

"Itu la yang suami dan saya harapkan.." kata si isteri..
"silakan masuk.. dan duduk la.."

"Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapa ketika...
"Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai di ruang tamu saja. itu pun seronok juga.. anda mesti suka..."
kata lelaki tadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar..

"Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..
kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. " jelas isteri....

"Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin... anda akan suka dengan resultnya...

Si isteri tercengang...

"Puan..dlm keja saya nie.. seseorang me sti mengambil masa sikit..saya suka berada diluar dan didalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka..

"Macam saya tak tau???" kata si isteri..

Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "
yang ini saya buat masa di atas bus kat London..

"Hah!...atas bas????" terkejut si isteri...

"Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi..

"Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri..

"Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat kerja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu.. utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..."

"Di depan public???" terkezut si isteri.

"Ya.. dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate.. bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper..

"awak maksudkan tupai tu really usik awak punya.... alat???" tanya si isteri..

"Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan..

"Tripod???? nak buat aper..??? "tanya si isteri..

"OH.. itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama..

"er puan.??? Puan??? la..dier pengsan!!!

27 March 2007

K e N t u T

Ini bukan lawak. Ini kenyataan!

S: Dari mana datangnya gas kentut?
J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada
kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan
penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

S: Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
J: Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.


S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

S: Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
J: Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut? Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?
J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

Sekian..

13 March 2007

Angin meroyan

Satu perkara yg kita tak pernah fikirkan mengenai kelahiran cahayamata ialah berapa tinggi harapan yg kita letakkan dari kelahiran tersebut. Selain pengetahuan mengenai kecemerlangan teknologi dlm rawatan perbidanan, kita cuma mempunyai sedikit tanggapan mengenai ketibaan bayi baru yg bakal mewarnai dan menceriakan hidup berkeluarga. Ramai yg mungkin menghadiri kelas-kelas pra-kelahiran (antenatal) sbg persediaan ketika dan selepas bersalin. Namun masih ada lagi ruang kosong yg tak diketahui dan tak pernah diambil tahu oleh bakal ibu dan juga suami mengenai apa yg berlaku seterusnya terutama selepas pantang. Melalui kelas-kelas sebegini, kita lazimnya diajar mengenai betapa pentingnya penyusuan ibu, rawatan dan penjagaan bayi dan kesihatan ibu, diet seimbang dan segala yg berkaitan dgn hal-hal kelahiran dan selepas bersalin. Tetapi jarang sekali si ibu dan pasangan diberitahu mengenai kedudukan dari segi perubatan si ibu yg berkaitan dgn proses kelahiran. Kehadiran cahayamata merupakan detik membahagiakan setiap pasangan namun tidak ramai yg membincangkan tentang kesan emosi yg dihadapi oleh si ibu selepas melahirkan terutama semasa dlm pantang dan selepas pantang.

Malah, ramai yg tidak tahu bhw jangkamasa berpantang adalah penting utk menentukan sama ada ibu akan kembali normal spt sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat gangguan jiwa seumur hidup.

Apa dia angin meroyan? Masyarakat Melayu mengaitkan penyakit angin meroyan atau gila meroyan kpd ibu yg mengalaminya sewaktu atau selepas dlm pantang. Biasanya mereka yg mengalami penyakit angin meroyan menjadi hilang ingatan dan berkelakuan aneh. Dlm istilah perubatan ia dikenali sbg 'postnatal depression' atau masalah kesugulan selepas bersalin yg bersangkutan dgn kesan emosi dan kejiwaan.

Postnatal Depression, Maternity Blues dan Puerperal Psychosis.

Ia bukan saja dihidap oleh wanita biasa tetapi juga wanita profesional. Sering berlaku kekeliruan di antara 'postnatal depression, maternity blues dan puerperal psychosis'. Ada juga yg menganggap postnatal depression disebabkan oleh tindakan hormon atau yg berkaitan dgnnya. Ia juga dipandang sbg sesuatu perlakuan luar biasa yg menybbkan seseorg itu tidak boleh menjalankan kewajipan sbg seorg ibu.

Sebenarnya terdpt 3 jenis kesugulan/kemurungan yg dihidapi oleh ibu selepas bersalin iaitu maternity blues, puerperal psychosis dan postnatal depression. Ketiga-tiganya kelihatan hampir sama tetapi sebenarnya berbeza. Wanita selepas bersalin mungkin boleh mengalami salah satu dpdnya atau tiada langsung.

'Maternity blues' adalah serangan singkat yg berlaku beberapa hari selepas bersalin terutama ketika emosi wanita tersebut dlm keadaan kacau. Kebanyakan ibu mengalami keadaan ini hanya utk seketika dan ia dianggap normal dan tidak memerlukan rawatan. Boleh dikatakan hampir kebanyakan ibu dlm pantang mengalami maternity blues. Terutama jika ibu dlm keadaan runsing dan memikirkan yg bukan2. Manakala puerperal psychosis berlaku sebaliknya. Dlm 500 org wanita yg bersalin hanya seorg yg terdpt serangan puerperal psychosis.

Tetapi sama spt maternity blues ia boleh dicetuskan oleh pergolakan biologi yg amat besar sebaik saja selepas melahirkan anak iaitu ketika jumlah hormon oestrogen dan progesterone yg bertambah sebyk 200 (berkali ganda ketika mengandung) kembali kpd jumlah normal selama beberapa hari.Puerperal psychosis adalah gangguan sakit otak utama yg memerlukan rawatanhospital.

Awasi Mood

Dlm kebanyakan kes, perubahan mood merupakan pokok penting mengenal puerperal psychosis. Seringkali perubahan ini membawa kpd ingatan yg tidak waras dan gangguan perasaan. Ibu yg menghidap penyakit ini mungkin percaya bhw dia dan bayinya adalah mangsa kpd cubaan satu pembunuhan. Dia sering diganggu oleh suara2 mengugut yg sebenarnya muncul dlm khayalannya. Tidak dinafikan ini merupakan pengalaman getir bagi diri si ibu dan keluarganya. Namun begitu penyakit ini boleh dirawat melalui pengambilan pil2 tertentu atas nasihat doktor dan si ibu mungkin boleh pulih spt sediakala.

Postnatal depression ternyata berbeza dpd kedua2 penyakit di atas. Ia jarang berlaku tetapi 50 kali lebih byk menyerang si ibu berbanding dgn puerperal psychosis. Ia boleh berlaku bila2 masa dlm jangka masa sebulan atau 2 bulan selepas melahirkan atau ketika si ibu masih dlm rawatan. Wanita yg mengalaminya seringkali menghadapi masalah sukar tidur dan sentiasa kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri dan sakit hati. Mereka bukan saja menjauhi seks malah membenci suaminya. Malang kebanyakan ibu yg mengalami postnatal depression tidak menyedarinya sbg satu penyakit. Begitu juga dgn suami dan ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi. Akibatnya penyakit tersebut berlarutan tanpa sebrg rawatan.

Situasi akan menjadi lebih buruk jika suami tidak memahami keadaan isteri yg mengalami postnatal depression. Mereka mungkin bertindak menjauhkan diri dpd isteri dgn pulang lewat atau mencari kekasih baru. Alasannya kerana tiada ketenteraman di rumah disbbkan isteri suka marah-marah dan berleter tanpa sebab. Ini akan mengakibatkan isteri lebih tertekan dan menghadapi gangguan jiwa yg lebih hebat.

Masalahnya postnatal depression lebih teruk dpd masalah kesugulan yg lain tetapi ia kurang difahami. Ibu yg mengalaminya berjaga malam di kala anak sedang lena tidur. Malah dia tidak menikmati rasa rehat sekalipun bayi tidak dlm pangkuannya. Tiada langsung rasa kegembiraan menimang cahayamata sebaliknya merasa hanya kerja yg sukar, memenatkan dan membosankan.

Sokongan Emosi Orang Terdekat

Tidak byk kajian yg dilakukan ke atas punca-punca berlakunya kesugulan ibu selepas bersalin. Walaupun ada kajian yg mengatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya postnatal depression namun ia hanyalah faktor kecil di samping beberapa faktor penyebab yg lain. Seseorg ibu yg cenderung berasa kecewa, sentiasa muram dan bimbang juga menjadi punca berlakunya postnatal depression.

Begitu juga wanita yg belum bersedia menimang cahayamata tetapi terpaksa memilikinya juga cenderung mengalami masalah ini. Waktu dlm pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada waktunya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu, penting bagi bakal ibu mendpt sokongan moral dan emosi yg kuat dpd seseorg khususnya org terdekat spt suami dan pada saat2 menimang cahayamata dan selepas bersalin. Ini kerana sokongan dan bantuan suami adalah penawar yg paling mujarab ke arah kestabilan emosi siisteri.

Harus difahami bahawa ibu yg mengalami postnatal depression biasanya disbbkan rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak spt yg diharapkan. Sebelum mempunyai anak mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh anak yg sihat dan comel. Kebanyakannya terpengaruh dgn cerita2 di majalah tentang kehidupan bahagia dikelilingi anak, menjadi ibu yg sukses dan mempunyai suami yg memahami dan membantu tugas2 rumah.

Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dlm dunia kenyataan, keadaan berlainan. Apa yg dibayangkan dan digambarkan melalui majalah menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dgn mudah. Ini merupakan satu kejutan yg mengganggu emosi dan fikiran tersebut. Mereka tidak dpt mengawal emosi ketegangan ini akan mudah mengalami postnatal depression.

Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahayamata adalah persediaan emosi dan mental yg kuat. Selain dpd pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas bersalin di samping bersedia utk menerima kemungkinan buruk selepas kelahiran.

Meletak harapan yg tinggi tanpa persediaan jiwa dan rohani yg kukuh akan hanya akan membawa kekecewaan yg memungkinkan anda mengalami postnatal depression.

09 March 2007

Fikirkan - AZAN

Cuba kita fikirkan tentang AZAN. Renung-renunglah buat seketika. Semasa di sekolah kita diajar utk menghormati Lagu Negaraku. Yelah, tak salah menghormati lagu negara kita sbb tanah air kita. Laungan azan pun kena ambik kira fadhilatnya. Ingat! mempringatilah sesama kita. Termasuk diri saya jugak.

Tahukah anda sebenarnya azan yg berkumandang setiap kali masuk waktu sembahyang sentiasa berterusan dan bersambungan 24 jam tanpa henti-henti di seluruh dunia yang fana ini?

Subhanallah...! Emel ini sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa miskin nya diri ini tentang ilmu Allah. Apa yang menarik perhatian aku ialah serangkap ungkapan di bawah yang telah pun aku 'bold' kan. Mari kita sesama renungkan nya. Ada betulnya jugak apa yang nyatakan itu.

Pesanan Semasa Mendengar Azan. Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yangdapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami". Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAQWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Fikir-fikirkanlah....

15 February 2006

Exercise

Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyaAllah untuk panjang umur. "Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan".
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan.
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapardan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan.
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri makaduduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon - Segeralah berwudhu - Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahanhati.
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.
7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesehatan jiwa, & mental maka menjauhi irihati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bilakawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki. ::Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::
Sekian untuk renungan...

14 February 2006

Valentine's Day

Kehadiran Hari Yang Tidak Diundang

Tanggal 14 Februari adalah tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang. Tarikh inilah yang menjadi "keramat" bagi golongan tertentu dan merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara. Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-kad Valentine's Day berserta cendera mata sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut, ada yang terdiri dari kalangan generasi muda Islam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa anda menyambut 'Hari Kekasih' ini? Diantara jawapan mereka ialah 'Saya hanya ikut-ikut sahaja', 'Untuk mengeratkan tali persahabatan' & 'suka-suka'.
Kenapakah jawapan ini boleh keluar dari mulut-mulut golongan muda Islam ini? Kerana pemikiran/konsep mereka telah diresapi oleh racun ideologi Kapitalisme yang berasaskan doktrin sekularisma iaitu pemisahan agama dari kehidupan. Bagi golongan muda ini merayakan Valentine's Day dianggap tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang. Mereka pada dasarnya telah terpedaya dengan slogan-slogan dari Barat yang disuntikkan ke dalam pemikiran mereka. Di sebabkan kejahilan dan kurangnya berfikir tentang kehidupan bagi mereka, aqidah yang mereka anuti cukup sebagai tiket untuk mereka menjadi muslim tetapi tidak pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!

Sejarah Valentine's Day
Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini merayakannya, elok sekali kalau kita melihat kembali sejarah silam yang membawa kepada perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno (Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing saling tukar-menukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi.
Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan adanya usaha untuk menghubungkan hal itu dengan St Valentine yang hidup di Rom pada zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270). St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh membantu salah satu pihak untuk memusuhi dan memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang buta. Akhirnya pada tahun 270 orang Rom memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine) dekat Altar Juno.
Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day, banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain. Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempat kira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu kerana memasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Roma sekitar tahun 273 Masehi.

Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine's Day
Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah mempunyai hukum dan wajib baginya untuk mengetahui hukum satu perbuatan sebelum perbuatan tersebut dilaksanakannya. Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh) yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam Syara'
Begitu pula untuk 'berkasih-sayang' versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban" (Al-Isra' : 36)
Juga firman Allah SWT;
"Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mreka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orang-orang yang zalim" (Al-Baqarah : 145)
Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu setelah kita mendapatkan pemahaman tentang Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak menutup mata dan telinga setelah mengetahui perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak akan menutup mata hati kita, kerana orang yang paling rugi ialah orang yang berusaha menutup pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak boleh disandarkan pada asas manfaat di mana penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah bersifat relatif.

Kesimpulan
Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik dalam kehidupan ini. Ini telah disimpulkan oleh Muhammad Ismail dalam kitabnya Fikrul Islami tentang hakikat ajaran Islam. Menurutnya, sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dengan sistem manapun, sangat memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk berdikari, produktif dan tidak boleh 'menciplak' ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.
"Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka" (HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar).
"Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)" (HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya).
"Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani.." (HR Tirmidzi).
Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan meniru-niru gaya hidup suatu kaum yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bermula daripada masalah akidah sehinggalah urusan syariat. Dalam masalah hari raya (hari kebesaran) misalnya, Islam melarang kita mengikut atau menghadiri hari raya umat lain. Begitu pula dengan urusan pakaian, potongan rambut dan urusan-urusan lain dalam kehidupan ini tidak boleh dari ajaran agama lain.
Semestinya kita mempunyai cara hidup kita sendiri. Tidak perlulah kita menoleh ke kiri dan memandang ke kanan kerana Islam adalah satu-satunya cara hidup yang komprehensif dan sempurna yang diturunkan/diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan sesamanya. Rasulullah SAW menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi kehidupan seorang muslim dengan tegas memperingatkan kita agar jangan mengikuti corak hidup kaum/bangsa lain, sebagaimana dalam sabdanya:
"Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta. Di kalangan sahabat ada yang bertanya: Ya Rasullah yang dimaksudkan (di sini) seperti bangsa-bangsa Persia dan Romawi? Rasulullah menjawab:Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (HR Bukhari, dari Abu Hurairah).
Imam Ibnu Hajar Atsqalani, menerangkan makna ikut-ikutan dalam hadis ini adalah dalam masalah-masalah aturan kehidupan, baik individu maupun kemasyarakatan. Renungkanlah kenyataan Ibn Khaldun, seorang ahli sosiologi yang terkemuka pernah berkata:
"Yang kalah cenderung mengekori yang menang, dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat-istiadat mereka, bidang seni, seperti seni lukis dan seni pahat (patung berhala), baik di dinding-dinding, pabrik-pabrik atau di rumah-rumah".
Sekiranya kita memahami keadaan umat Islam di saat ini, dan makna kenyataan Ibn Khaldun kita dapati kesesuaiannya. Memang benar umat Islam kini berada dalam posisi yang teramat rendah, yang semua ini disebabkan kita tidak lagi taat dan patuh kepada aturan Allah SWT. Saat ini kita secara membabi -buta meniru apa-apa saja yang diberikan oleh Barat serta aturan-aturan yang batil, hampir dalam semua aspek kehidupan. Yang tersisa dari kaum muslimin saat ini hanyalah dari aspek ibadah ritual semata-mata. Sedangkan aspek-aspek Islam yang lainnya (kehidupan sosial-kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain) umumnya tidak diterapkan, bahkan tidak dipedulikan dan yang lebih teruknya lagi langsung tidak diketahui oleh umat Islam sendiri.
Wahai kaum muslimin, khususnya generasi muda Islam yang terkeliru dengan permasalahan ini, akan tetapkah kita redha dengan keadaan ini? Tidakkah kita takut atas murka Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang tidak mahu melaksanakan semua aturanNya?
Permasalahan ini akan hanya dapat diperbetulkan dengan tertegaknya Khilafah. Di mana sistem yang diterapkan secara keseluruhannya dalam sistem Khilafah akan memastikan individu dan masyarakat Islam akan terus hidup di atas landasan syariat Allah SWT. Umat Islam yang dipayungi oleh Khilafah tidak akan dibiarkan terus-terusan disuntik dengan fahaman-fahaman kufur, ini adalah kerana Khalifah bagi Daulah Islamiah merupakan pemelihara bagi rakyatnya. Hadis Rasullulah saw
"… ketahuilah! Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap akan ditanya tentang kepimpinan mu. Seorang amir yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya…" (HR Ibnu Umar r.a)
Bangkitlah umat ku kearah mengembalikan semula kehidupan Islam di muka bumi Allah swt ini dengan tariqah yang telahpun ditunjukkan oleh Rasullulah saw kepada kita iaitu dengan menegakkan 'Sistem Khilafah', di mana sistem ini akan memberikan suatu kehidupan yang sebenarnya kepada manusia. Firman Allah swt:
"Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu memberikan kehidupan kepada kamu" (Al-Anfaal: 24)
Sekian, Wassalam...

05 February 2006

BirthDAY

today is my birthday. just received wishes from my family. no presents!!! what can i do? i'm still happy and life must go on even no presents.
i'm very busy for a long time but, quite free right now. easy access with internet actually. so, i'm ready for do some transformation to my blog. but, i need all reader helps and guidance in order to create some creative and interactive blog.